Football

Bojan galas tugas selamatkan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam usaha untuk menyelamatkan pasukan berkenaan dalam Liga Super musim ini.

Hodak yang berjaya memenangi trofi ketika mengendalikan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan pemain muda dan kurang berpengalaman punca masalah pasukan itu.

“Kebanyakan pemain Pulau Pinang tidak mempunyai pengalaman untuk beraksi dalam saingan Liga Super,” ujar beliau dalam sidang media di pejabat FAP semalam.

Jurulatih kelahiran Croatia itu tidak menafikan kemungkinan membuang pemain import dan tempatan yang gagal beraksi cemerlang.

Saya akan mengekalkan pemain yang bagus, tetapi yang kurang bagus perlu meninggalkan pasukan,” tambah beliau.

Pulau Pinang kini berada di tangga tercorot Liga Super.

FAP turut melantik Nenad Bacina sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih sementara manakala Manzoor Azwira akan kembali sebagai penolong jurulatih.

Hodak dan Bacina akan bersama skuad bolasepak Pulau Pinang hinggu penghujung musim. Pulau Pinang masih mempunyai baki 10 perlawanan.

Nasib ketua jurulatih Pulau Pinang Jacksen Tiago yang digantung masih tidak diketahui dan perbincangan di antara FAP dan jurulatih dari Brazil itu masih berjalan.

Khairul Nizam
the authorKhairul Nizam
A sports and travels enthusiast with a passion for writing. He wishes to see his beloved Kuala Lumpur side to win the domestic treble one day.

Leave a Reply